Wednesday, 5 June 2013

Tips : 8 Cara Pemakaian Tudung


Gadis Kidal Berceloteh..

.Assalamualaikum...
Haii . Selamat Malam ! 
Malam Yang Indah Sesuai Untuk Meng-hapdett Entry kan ? hehe 

Ok , now , malam ni , Fatyn nak happdet pasal tips Pemakaian Tudung !
Mesti Ramai Yang Suka Tips-Tips begini kan ?
Kalau tak suka pun .. "Ada aku kesahh ?" haha .
Oke , pada siapa yang suka .Baca dengan teliti ye :)

1. Janganlah pulak korang pakai tudung yang jarang , nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada korang tu ye . Tetapi , kalau korang nak pakai jugak tudung yang jarang sebab dah beli mahal berbillion kan , korang digalakkan memakai baju lengan panjang . (turtle neck) yang menutupi leher.
Itu adalah salah satu cara yang paling bagus :)

2. Make sure korang memakai anak tudung supaya anak rambut korang yang kecil-kecik comel tuh tak nampak . Ianya juga memberi gaya yang lebih kemas, rapi dan menutup cacat celanya pemakaian tudung :) Kemas .. Nampak lebih bergaya .. Ecehhh ^_^

3. Pemakaian tudung yang pelbagai gaya dan corak juga amat membantu korang tampil berlainan dan kelihatan lebih menarik . Gaya tudung ke tempat kerja tidak perlu terlalu menonjolkan rekaan corak atau bunga yang melampau-lampau ye. Isk2 .. sakit mata memandang yo . hehe.

4. Untuk nampakkan lebih berseri , korang boleh lah gayakan dengan kerongsang yang sesuai . Kedudukan kerongsang juga memainkan peranan yang penting. Misalnya kerongsang yang disemat kan di bahagian baju menampakkan si pemakai kelihatan lebih kemas dan menarik 

5. Korang juga digalakkan memakai baju yang kosong kerana ianya boleh dan mudah dipadankan dengan banyak tudung yang bercorak . hehe . Tapi , Fatyn tak suka pun tudung yang bercorak-corak banyakkk sangat . hek hek :)

6. Dalam pemilihan kerongsang . korang pakailah kerongsang yang bersaiz kecil. Jika tudung korang tu berwarna merah kan , pakailah kerongsang yang bewarna keemasan (gold colour) , sementara tudung yang berwarna lain pula dengan kerongsang bewarna perak (silver colour).

7. Bagi korang yang berbadan besar tidak digalakkan untuk memakai kerongsang yang besar . Jika mahu yang besar  , cari yang berbentuk panjang ok ? hehe .:) 


8. Jangan tutup bahu dengan tudung korang tu ! Nanti , badan korang akan kelihatan lebih besar . So , korang boleh lah sematkat dengan kerongsang yang kecil dan lekatkan di bahagian baju supaya tidak nampak menggelebeh. hehe :)

Jom Try
by:fatynnatasha

No comments:

Post a Comment