Sunday, 30 December 2012

▲Akhirnya Dapat Jugak Jumpa Kawan-Kawan Yang Tercinta▼

Assalamualaikum guys...smalam ade orintasi...dpt jugak jumpa ngan kwn baik kite...rindu sgt diorang tuh...rase nk peluk je diorang smalam..sgt merindui kata kan...hehehe...urm waktu tu fatyn jumpa semua bdk kelas fatyn....hehehe....nk tegur malu pulak...hehehe....diorang pown x tegur kite...kite pulak nk tegur dia jgn harap lah...SORRY....heee.....urm...kenapa tah korang msuk 1 Zamrud...aku pulak msuk 1Nilam...kan bagus kite semua satu kelas n boleh duduk same2 kan...tpi wednesday nie kan bleh jumpa jugak betul x??Yg paling malas hari rabu pgi tuh nk bersiaplah...mcm2 lah....PENAT....urm yg pnting Datang Sekolah Untuk Belajar bukan untuk bercinte betul x??Okay itu je...but guys...next time fatyn buat entry lagi ye....

Thursday, 27 December 2012

❤Bagaimana Menjadi Sahabat Yang Baik...❤

Assalamualaiku...hI...Salam Jumaat Semua...
















Fitrah semula jadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu-membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.Terbinanya nilai sahabat baik yang berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang harmoni.Ia adalah nilah peribadi seseorang,sebahagian dari '' buah akhlak''yang ''berarakan iman''.Sebahagian dari tanda seorang yang berjaya memimpin dirinya sendiri dan berpotensi untuk menjadi pemimpin.

1.Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.

2.Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari 
   kepentingan sendiri.

3.Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa
   menunggu dia meminta.

4.Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

5.Menceritakan atau menyampaikan puji-pujian orang 
   terhadapnya.Jika menyembunyikan bererti menyimpan rasa
   dengki dan iri hati.

6.Tidak menceritakan kejian atau celaan orang untuk 
   mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.

7. Memberi perhatian ketika dia bercakap.Tidak memotong
    cakapnya dan tidak sekali-kali bersikapa endah tak endah
    atau acuh tak acuh.

8.Tidak berbantah-bantah  atau berbalah-balahan lebih-lebih 
    lagi sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya
    diucapkan.

9.Memanggil sahabat dengan panggilan atau nama yang 
    disukainya sama ada di depan mahupun di belakangnya.

10.Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan,
     hadiah atau jasa baik sahabat.

11.Tidak menyebut-nyebut atau mengingat-ingat kesalahannya
     atau keburukannya.

12.Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.Memandang 
     sikapnya dengan pandangan dan anggapan positif.

13.Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.
     Tegur dan nasihat secara rahsia serta berhemah.

14.Sentiasa mendoakannya sama ada dia masih hidup atau
     setelah meninggal dunia.

15.Menjalinkan kasih sayang hingga ke akhir hayat 
     (tali silaturrahim).

16.Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa 
      terbeban.

17.Merasakan apa yang dirasainya sama ada susah atau
     senang.Gembira dengan kegembiraannya dan bersedih 
     dengan kesedihannya.

18.Akhir sekali,berterima kasihlah di atas kebaikannya.

Ingat tu kwn2..jasa baik kawan kena ingat tau...jgn gado2...Assalamualaikum

Wednesday, 26 December 2012

Tips Persahabatan:Sahabat Sejati-->''Harta'' Paling Berharga

Assalamualaikum Guys...hyep...
Sahabat Sejati--''Harta''Paling Berharga















Firman ALLAH S.W.T dalam surah AL-Hujurat ayat 13,yang bermaksud:

''Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,dan Kami telah menjadikan kamu berbagai kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa.Sesungguhnya Allah maha mengetahui,lagi maha mendalam pengetahuanNya.'

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan.Memiliki sahabat sejati adalah''harta' paling berharga kerana bersama sahabat, kita akan menjadi diri sendiri,ia juga mampu membuat kita bahagia dengan diri kita sendiri dan memberi motivasi hidup.Tetapi kadangkala timbul perbezaan pendapat,perselisihan faham atau masalah yang menguji persahabatan kita.Tip di bawah mungkin berguna untuk kamu  untuk mengekalkan ikatan persahabatan yang telah terjalin lama.
 
1. Tanya pada diri sendiri,adakah kita juga memiliki manfaat kepada sahabat-sahabat kita?

2.Selalu bersikap tulus dan jujur,tidak ada terpaksa dalam melakukan sesuatu bagi sahabat.

3.''Keep Contact''.Persahabatan tidak terpisahkan oleh jarak dan waktu.Walaupu tidak berjumpa selalu,
      tanyakan khabar masing-masing melalui telefon,SMS atau emel.

4.Hindari meminjam wang daripada sahabat.Jika kamu tidak mampu membayar hutang,takut nanti nasib 
    persahabatan akan menjadi taruhan.

5.Hormati pilihan hidupnya.Meskipun kamu tidak berapa setuju dengan pilihan yang diambil oleh sahabat,
     itu bukan bererti kamu berhak mengatur kehidupannya.Tugas kamu adalah memberi galakan dan 
     semangat, namun segala keputusan tetap berada di tangannya.

Faham tu kwn2 jgn gado2 tau...Sahabar Sejati adalah harta yang paling berharga...

Tuesday, 25 December 2012

Sekolah Menengah Kebangsaan Malim....

Assalamualaikum guys...tinggal bpe hari je nk sekola kan...29/12/12 nie daftar smk malim...form 1 nnti msti dpt kwn baru...urm...rindu pulak dgn kwn2 fatyn nie...bile lah diorang nk contact fatyn....urm...kalo lah fatyn ade ramai kwn...nk buad cmne dh ade kwn sikit je....kalo ade ramai kwn kan bgos...boleh buat study group sme2 kan....urm...esk kena tutup dh laptop nie and then dh x leh bukak lgi dh...time cuti sekola je bleh bukak sbb mk kata jgn main je laptop ni...nnti x ingat dh belaja...betul kata mk fatyn...urm firstly..msti msuk skola tu je ade rase benda pelik yg akn jdi...k lah tu je yg nk cite...okay bubye guys...Assalamualaikum...mmpi yg indah2 tau...^__^

JomTido(mata pedih gile)

Assalamualaikum...nyte sume...urm nk tnye korang nie dh tido belom??

Mata fatyn dh pedih dh nie...nk tido dh...urm...kalo dh tido nnti tutup lampu tau...nnti fatyn x leh tido kalo ade lampu...hehehe...okay have a sweet dream mimpi yg indah2 tau...hehehe GUD NYTE...

☞Cara2 Membuat Biskut batik...☜

                                                                                          

Assalamualaikum..Jom share buat Biskut Batik ^__^











Bahan-bahan:

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula 

** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko 



Cara-cara:

 

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang 


Hehehe...inila resepi nye...rase mcm nk buat jer ngan kakak hihihi....


                                                                                   

유Lima Cinta | Lima Rupa유

Salam...Peace Yo(LIMA CINTA| LIMA RUPA)


1.Mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat

2.Mereka mencintai kehidupan (dunia) dengan melupakan kematian

3.Mereka mencintai rumah yang megah dengan melupakan kubur.

4.Mereka mencintai harta benda dengan melupakan hisab

5.Mereka mencintai makhluk dengan melupakan Pencipta (ALLAH)    

✿Kongsi Tips:Minumlah Air Secukupnya✿

Assalamualaikum ....hyep...guys..











Apa Fungsi Air Kepada Badan Kita??

-Membantu untuk berfikir(tiga suku daripada komposisi otak ialah air).

-Mengangkut zat-zat makanan ke seluruh badan. 

-Mengawal suhu badan.

-Melembutkan dan mencantikkan kulit.

-Membuang bahan-bahan kumuh melalui air kencing dan najis.

-Melancarkan peredaran darah.

-Menggerakkan otot-otot dan sendi.


Panduan Minum Air Secukupnya

1.Bawa sebotol air mineral ke mana2 sahaja anda pergi dan letakkan di atas meja semasa
   belajar  ataupun bekerja.Secara tidak langsung,ia akan mengingatkan anda untuk minum.

2.Minum Segelas air sebaik sahaja bangkit dan jugak hendak tidur.Jadikan ia sebagai rutin
   amalan harian sebelum dan selepas tidur.              

3.Pastikan air sentiasa dibawa semasa bermusafir kerana badan kita akan kehilangan banyak air 
   semasa dalam perjalanan jauh.

4.Jangan makan berlebihan pada bulan Ramadhan agar perut kita mempunyai ruang yang 
   secukupnya untuk diisi dengan air.

ΣOkay tu jer...ASSALAMUALAIKUM...Σ

Monday, 24 December 2012

MotivasiDiri:Cinta Dengan Muka Buku??

Assalamualaikum....gud afternoon guys....


Prinsip 1:Facebook Bukan Syarat Sebelum Belajar Tetapi Ganjaran Selepas Belajar

 - Maknanya Facebook hanya wajar digunakan apabila anda selesai belajar!!Jadikan ia sebagai
   ganjaran atau hadiah bagi menghargai kejayaan anda mentelaah pelajaran.Ramai pelajar yang
   kurang bijak menjadikan Facebook sebagai ''Pemanas Enjin'' sebelum memulakan perjalanan      study mereka.Kononnya untuk menaikkan semangat belajar atau megelakkkan fokus minda terganggu.Tetapi malangnya,sebaik sahaja tamat ''ber Facebook'',minda anda sudah pun penat,
fokus anda sudah pun lemah dan semangat anda sudah pun luntur.Akhirnya,''Facebook'' yang kononnya patut menjadi pembantu,sudah berubah menjadi pembantut.!!!

Prinsip 2:Facebook 1/2 jam=2jam anda belajar

-Jika anda benar-benar mahu ''ber Facebook'' dan dalam masa yang sama juga mahu cemerlang dalam pelajaran,berjanjilah dengan diri anda bahawa setiap 2 jam anda belajar,barulah anda layak untuk ''ber Facebook'' untuk tempoh masa setengah jam.Selagi tidak cukup kuota tersebut,usah sesekali anda mendekatkan diri anda dengan ''Facebook''.Dikhuatiri apabila anda melanggar janji,anda akan dilanda ''tsunami''study!!Jadi,kalau sejam masa ''ber Facebook'' baru anda akan berpuas hati,maka belajarlah selamat 4 jam!!SENANGKAN!!!

Kongsi Tip:✘Ruginya Menjadi Bakhil✘

Assalamualaikum...JOM KONGSI TIP....


Saidina Abu Bakar Al-Siddiq berkata:

Orang Bakhil Atau Kedekut  Yang Melampau Tidak Terlepas
Daripada Salah Satu Daripada Tujuh Perkara Ini:

1.Ketika mati,hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya
   orang yang akan menghabiskannya untuk sesuatu yang tidak diperintahkan ALLAH.

2.ALLAH akan membangkitkan penguasa zalim yang akan mengambil seluruh hartanya
   setelah menyeksanya.

3.ALLAH menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.

4.Muncul ilham pada dirinya untuk mendirikan bangunan di tempat yang akan ditimpa bencana sehingga
   musnah  dan habis hartanya.

5.Dia ditimpa musibah yang dapat menghabiskan hartanya seperti tenggelam,terbakar,mengalami kecurian
   dan sebagainya.

6.Dia ditimpa penyakit kronik sehingga hartanya habis untuk merawat penyakit tersebut.

7.Dia menyimpan hartanya di sebuah tempat,kemudian terlupa tempat itu sehingga hartanya itu hilang.

Okay..itu je...
P/S:Jangan Jadi Bakhil Atau Kedekut Tau... ^___^

⌘Isu:Sukakan Nikmat Kurniaan ALLAH⌘

Assalamualaikum..morning..sumeorg sihat x nie??(Sukakan Nikmat Kurniaan ALLAH)


Empat Nikmat Empat Rasa:

1.Masa muda tidak terasa nikmatnya,
   kecuali bagi mereka yang sudah tua.

2.Keselamatan tidak terasa nikmatnya,
   kecuali bagi mereka yang terkena mushibah

3.Kesihatan tidak terasa nikmatnya,kecuali
   bagi mereka yang sakit.

4.Hidup tidak terasa nikmatnya,
   kecuali bagi mereka yang sudah mati.


Empat Buruk Empat Lebih Buruk:

1.Perbuatan dosa oleh orang muda itu buruk,
   tapi perbuatan dosa oleh orang tua itu lebih buruk.

2.Kesibukan urusan dunina semata-mata
   oleh orang jahil itu buruk,tapi kesibukan
   urusan dunia semata-mata oleh orang
   alim itu lebih buruk.

3.Malas beribadah oleh orang awam itu buruk,
   tapi malas beribadah oleh ulama itu lebih buruk.

4.Kesombongan orang kaya itu buruk,
   tapi kesombongan orang miskin itu lebih buruk.

Empat Sempurna Empat Nikmat:

1.Ketika sempurna menunaikan kewajipan-kewajipan dari ALLAH.

2.Ketika sempurna menjauhi segala sesuatu yang diharamkan oleh ALLAH.

3.Ketika sempurna melakukan amar makruf dan mencari pahala dari ALLAH.

4.Ketika sempurna melakukan nahi mungkar dan menjaga diri dari murka ALLAH.

 

❤10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri❤

Assalamualaikum....mornink syg2 sume...hehe...(10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri)Jom kite terjah....hehehe..

1.Bila berdoa ,tidak mendoakan orang lain.

2.Tidak membaca Al-Quran.

3.Tidak solat sunat Tahayul Masjid bila masuk masjid.

4.Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur  ketika berada di perkuburan.

5.Apabila sampai ke sesuatu tempat,dia tidak Solat Jumaat.

6.Apabila orang alim datang ke tempatnya,dia tidak mahu pergi belajar.

7.Apabila bertemu 2 orang,tidak bertanya nama.

8.Apabila menjemput kenduri,dia tidak datang.

9.Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar.

10.Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan..

✿Tips:10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri✿

Assalamualaikum....Gud Nyte










 ✔Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.

 ✔Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.

✔ Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya


10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri

☢ Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

☢ Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

☢ Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

☢Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

☢Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

☢Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

☢Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

- Artikel iluvislam.com

Tips:Cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan diri

Assalamualaikum....(Peace Yo)Gud nyte sume...








 Bagaimanakah cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

 Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

 Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

 Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe?nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:



1.Selalu bangun sebelum subuh


 -Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

- Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2.Aktif Menjaga Kebersihan

- Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3.Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

-Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

- Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4.Gemar berjalan kaki

- Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

- Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang ?hendak kita pergi.

5. Tidak pemarah

- Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

- Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

-Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang?kan gundah di hati??
6.Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
7.Tidak pernah iri hati
-Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8.Pemaaf
-Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
-Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
-Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Okay Ini saje entry yg dpt buat....Jom Kita Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W....GUD NYTE GUYS.....ASSALAMUALAIKUM    

Saturday, 22 December 2012

Tips:21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (UPSR/PMR/SPM)

Assalamualaikum...Petang Sume....


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Tips:Bagaimana nak ceriakan waktu pagi anda.ツ.

Assalamualaikum sume....hi guys....Bagaimana nak ceriakan waktu pagi anda??jom lihat bagaimana??


1.Di kala Anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja atau pegi ke sekolah, bersihkanlah hati Anda dengan istighfar.

2.Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja Anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja Anda.

3.Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang Anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.

4.Jika Anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran Anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup Anda. Lama kelamaan Anda hilang semangat nak pergi bekerja!.

5.Penyelesaianya, niatkan kerja Anda sekarang ni satu cara untuk Anda berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya Anda.

6.Jika Anda seorang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang ni sebagai cara untuk menambah taqwa. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang Anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah.

Moga dari situ, rezeki Anda murah jadinya hingga membuat Anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.

From:FatinNatasha

Tips:Coklat Dapat Meningkatkan Memori dan Hafalan??

Hi...Assalamualaikum guys... ^__^












Nyum nyum nyum....sdpnye coklat nie....hehehe


✔Dapat membantu meningkatkan memori dan hafalan
✔ Dapat membantu menajamkan mata dan minda
✔Dapat bantu korang memulihkan keletihan saraf
✔Dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
✔Dapat meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan 


Wahh bnyak nye kelebihannye....^__^ 

❤9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan❤

Assalamualaikum....Selamat Petang....









1.Menipu  
               
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan . Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat . Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sesebuah perhubungan. Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka . Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .

 2. Harapan/Kebebasan
 
Ada psangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah merka bergantung penuh kepada pasangan . Ada lelaki yang menyukai hal ini tetapi ada jugak sebaliknya . Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan . Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan , tetapi dikongkong . Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat .
                
3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan 
 
   Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis . Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami . Bila semua ini ada baruah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius . Tapi sesetengah wanita , baru sahaja berkenalan terus sahaja berharap akan berakhir dengan perkahwinan . Mereka takut jika perhubungan yang dijalinkan sia-sia sahaja . Jadi , kalau timbul konflik ini , perhubungan boleh menjadi putus.
 
 4. Mengungkit hal yang lalu 

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengugkit hal-hal yang lepas . Apatah lagi jika mengunkit akan kekasih lama . Belajarlah dari kesilapan , jangan mengunkitkan kisah lalu jika kamu sayangkan perhubungan . Yang lepas tu biarlah berlalu dan jangan dikenang kembali .
 
 5. Berbeza pendapat
 
 Dalam menjalin sebuah perhubungan , perbezaan pendapat memang sering terjadi . Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan  hal-hal inilah yang akan membuatkan pasangan sering berbalah . Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan . Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan . 

6. Status yang tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan . Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri . Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja . Yang si dia tu hebat sangat ke ? 
 
 7. Hal-Hal yang menyakitkan hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati . Malah sanggup melakukan hal-hal yang bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain . Jadi kalau inilah yang terjadi , hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama . Lebih teruk jika tidak ada "chemistry" antara kamu dan si dia .
 
 8. Kehidupan yang sangat mendesak


Ada sesetengah pasangan yang memang suka menyusahkan pasangannya . Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakitkan hati kekasihnya . Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalnya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .

9. Kawan-kawan dan keluarga

Tidak mustahil kawan-kawan dan keluarga juga membuatkan sesebuah perhubungan menjadi tidak stabil . Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan . Jangan salah sangka . Orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarga tidak menyukainya . Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan .


type back form "Majalah Remaja" ♥