1.Menipu
Menipu
adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan . Ia umpama ledakan
gunung berapi yang meletus hebat . Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sesebuah
perhubungan. Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka . Sesetengah
orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .
2. Harapan/Kebebasan
Ada
psangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya
malah merka bergantung penuh kepada pasangan . Ada lelaki yang menyukai
hal ini tetapi ada jugak sebaliknya . Di
sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di
tengah jalan . Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan , tetapi
dikongkong . Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat .
3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan
Perhubungan
yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis . Ia
perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami . Bila semua
ini ada baruah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius .
Tapi sesetengah wanita , baru sahaja berkenalan terus sahaja berharap
akan berakhir dengan perkahwinan . Mereka takut jika perhubungan yang
dijalinkan sia-sia sahaja . Jadi , kalau timbul konflik ini ,
perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit hal yang lalu
Menjadi
kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengugkit hal-hal yang lepas .
Apatah lagi jika mengunkit akan kekasih lama . Belajarlah dari kesilapan
, jangan mengunkitkan kisah lalu jika kamu sayangkan perhubungan . Yang
lepas tu biarlah berlalu dan jangan dikenang kembali .
5. Berbeza pendapat
Dalam
menjalin sebuah perhubungan , perbezaan pendapat memang sering terjadi .
Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah
yang akan membuatkan pasangan sering berbalah . Ada yang mempunyai
cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak
mengizinkan . Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah
perhubungan .
6. Status yang tinggi
Ada
sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan .
Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan
status diri . Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai
dengan diri mereka sahaja . Yang si dia tu hebat sangat ke ?
7. Hal-Hal yang menyakitkan hati
Ada
perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati . Malah
sanggup melakukan hal-hal yang bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati
orang lain . Jadi kalau inilah yang terjadi , hubungan kamu pasti tidak
akan bertahan lama . Lebih teruk jika tidak ada "chemistry" antara kamu
dan si dia .
8. Kehidupan yang sangat mendesak
Ada
sesetengah pasangan yang memang suka menyusahkan pasangannya . Mereka
sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia
menyakitkan hati kekasihnya . Kehidupan yang sangat terdesak ini
adakalnya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .
9. Kawan-kawan dan keluarga
Tidak
mustahil kawan-kawan dan keluarga juga membuatkan sesebuah perhubungan
menjadi tidak stabil . Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh
mempengaruhi keputusan . Jangan salah sangka . Orang yang kamu sayang
pun boleh terlepas dari tangan jika keluarga tidak menyukainya . Restu
keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan .
type back form "Majalah Remaja" ♥

No comments:
Post a Comment