Thursday, 27 December 2012

❤Bagaimana Menjadi Sahabat Yang Baik...❤

Assalamualaiku...hI...Salam Jumaat Semua...
















Fitrah semula jadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu-membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.Terbinanya nilai sahabat baik yang berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang harmoni.Ia adalah nilah peribadi seseorang,sebahagian dari '' buah akhlak''yang ''berarakan iman''.Sebahagian dari tanda seorang yang berjaya memimpin dirinya sendiri dan berpotensi untuk menjadi pemimpin.

1.Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.

2.Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari 
   kepentingan sendiri.

3.Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa
   menunggu dia meminta.

4.Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

5.Menceritakan atau menyampaikan puji-pujian orang 
   terhadapnya.Jika menyembunyikan bererti menyimpan rasa
   dengki dan iri hati.

6.Tidak menceritakan kejian atau celaan orang untuk 
   mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.

7. Memberi perhatian ketika dia bercakap.Tidak memotong
    cakapnya dan tidak sekali-kali bersikapa endah tak endah
    atau acuh tak acuh.

8.Tidak berbantah-bantah  atau berbalah-balahan lebih-lebih 
    lagi sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya
    diucapkan.

9.Memanggil sahabat dengan panggilan atau nama yang 
    disukainya sama ada di depan mahupun di belakangnya.

10.Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan,
     hadiah atau jasa baik sahabat.

11.Tidak menyebut-nyebut atau mengingat-ingat kesalahannya
     atau keburukannya.

12.Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.Memandang 
     sikapnya dengan pandangan dan anggapan positif.

13.Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.
     Tegur dan nasihat secara rahsia serta berhemah.

14.Sentiasa mendoakannya sama ada dia masih hidup atau
     setelah meninggal dunia.

15.Menjalinkan kasih sayang hingga ke akhir hayat 
     (tali silaturrahim).

16.Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa 
      terbeban.

17.Merasakan apa yang dirasainya sama ada susah atau
     senang.Gembira dengan kegembiraannya dan bersedih 
     dengan kesedihannya.

18.Akhir sekali,berterima kasihlah di atas kebaikannya.

Ingat tu kwn2..jasa baik kawan kena ingat tau...jgn gado2...Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment