Assalamualaikum sume....hi guys....Bagaimana nak ceriakan waktu pagi anda??jom lihat bagaimana??
1.Di kala Anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja atau pegi ke sekolah, bersihkanlah hati Anda dengan istighfar.
2.Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika
dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja Anda. Jangan
bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja Anda.
3.Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan
fikiran dengan memikir hal-hal baik yang Anda nampak pada diri
rakan-rakan sekerja.
4.Jika Anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran
Anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup Anda.
Lama kelamaan Anda hilang semangat nak pergi bekerja!.
5.Penyelesaianya, niatkan kerja Anda sekarang ni satu cara untuk Anda
berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya Anda.
6.Jika Anda seorang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang
ni sebagai cara untuk menambah taqwa. Berbuat baiklah pada orang lain
dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang Anda buat di
redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar
mendapat perhatian Allah.
Moga dari situ, rezeki Anda murah jadinya hingga membuat Anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.
From:FatinNatasha
No comments:
Post a Comment