Sahabat Sejati--''Harta''Paling Berharga
Firman ALLAH S.W.T dalam surah AL-Hujurat ayat 13,yang bermaksud:
''Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,dan Kami telah menjadikan kamu berbagai kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa.Sesungguhnya Allah maha mengetahui,lagi maha mendalam pengetahuanNya.'
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan.Memiliki sahabat sejati adalah''harta' paling berharga kerana bersama sahabat, kita akan menjadi diri sendiri,ia juga mampu membuat kita bahagia dengan diri kita sendiri dan memberi motivasi hidup.Tetapi kadangkala timbul perbezaan pendapat,perselisihan faham atau masalah yang menguji persahabatan kita.Tip di bawah mungkin berguna untuk kamu untuk mengekalkan ikatan persahabatan yang telah terjalin lama.
1. Tanya pada diri sendiri,adakah kita juga memiliki manfaat kepada sahabat-sahabat kita?
2.Selalu bersikap tulus dan jujur,tidak ada terpaksa dalam melakukan sesuatu bagi sahabat.
3.''Keep Contact''.Persahabatan tidak terpisahkan oleh jarak dan waktu.Walaupu tidak berjumpa selalu,
tanyakan khabar masing-masing melalui telefon,SMS atau emel.
4.Hindari meminjam wang daripada sahabat.Jika kamu tidak mampu membayar hutang,takut nanti nasib
persahabatan akan menjadi taruhan.
5.Hormati pilihan hidupnya.Meskipun kamu tidak berapa setuju dengan pilihan yang diambil oleh sahabat,
itu bukan bererti kamu berhak mengatur kehidupannya.Tugas kamu adalah memberi galakan dan
semangat, namun segala keputusan tetap berada di tangannya.
Faham tu kwn2 jgn gado2 tau...Sahabar Sejati adalah harta yang paling berharga...
No comments:
Post a Comment