Assalamualaikum....Gud Nyte
✔Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu
masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan
sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.
✔Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin
tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar
kawalan anda.
✔ Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan
kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan
jayanya
❖10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri ❖
☢ Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
☢ Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
☢ Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
☢Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
☢Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
☢Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
☢Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
☢Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
☢Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
☢Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.
- Artikel iluvislam.com

No comments:
Post a Comment