Assalamualaikum....gud afternoon guys....
Prinsip 1:Facebook Bukan Syarat Sebelum Belajar Tetapi Ganjaran Selepas Belajar
- Maknanya Facebook hanya wajar digunakan apabila anda selesai belajar!!Jadikan ia sebagai
ganjaran atau hadiah bagi menghargai kejayaan anda mentelaah pelajaran.Ramai pelajar yang
kurang bijak menjadikan Facebook sebagai ''Pemanas Enjin'' sebelum memulakan perjalanan study mereka.Kononnya untuk menaikkan semangat belajar atau megelakkkan fokus minda terganggu.Tetapi malangnya,sebaik sahaja tamat ''ber Facebook'',minda anda sudah pun penat,
fokus anda sudah pun lemah dan semangat anda sudah pun luntur.Akhirnya,''Facebook'' yang kononnya patut menjadi pembantu,sudah berubah menjadi pembantut.!!!
Prinsip 2:Facebook 1/2 jam=2jam anda belajar
-Jika anda benar-benar mahu ''ber Facebook'' dan dalam masa yang sama juga mahu cemerlang dalam pelajaran,berjanjilah dengan diri anda bahawa setiap 2 jam anda belajar,barulah anda layak untuk ''ber Facebook'' untuk tempoh masa setengah jam.Selagi tidak cukup kuota tersebut,usah sesekali anda mendekatkan diri anda dengan ''Facebook''.Dikhuatiri apabila anda melanggar janji,anda akan dilanda ''tsunami''study!!Jadi,kalau sejam masa ''ber Facebook'' baru anda akan berpuas hati,maka belajarlah selamat 4 jam!!SENANGKAN!!!
No comments:
Post a Comment